20/05/2011 – Seorang perusuh cedera ditembak oleh tentera Israel semasa menyertai demonstrasi jalanan untuk menuntup Palestin kembali. Jurucakap Tentera Israel, mereka mengaku menembak seorang perusuh di kaki kerana dia cuba mendekati sekatan yang dilakukan oleh Tentera Israel di sempadan Palestin-Israel. Demonstrasi ini di rancang melalui laman social Facebook.
21/05/2011 – Seorang remaja berusia 17 tahun, Ibrahim Mohammad Faraj dari Kem Pelarian An-Nuseirat meninggal dunia ditembak oleh tentera Israel. Mayat remaja tersebut dibawa ke Hospital Al-Aqsa. Jurucakap Tentera Israel, mereka melepaskan tembakan rambang kepada remaja tersebut kerana dia merangkak kea rah pagar sempadan pada waktu malam.
22/05/2011 – Pihak berkuasa Israel melaporkan mereka akan membuka pintu masuk ke Gaza melalui Kerem Shalom pada 23/05/2011. PEgawai Perhubungan Rasmi Palestin mengatakan, pihak Israel akan membenarkan 300 trak dan 20 kereta untuk masuk ke Gaza, dan 82 dari trak yang dibenarkan masuk itu membawa muatan semen dan besi untuk tujuan pembinaan di bawah projek pembangunan semula oleh Agensi Pembangunan German.
23/05/2011–Mahkamah Tentera Ofer menjatuhkan hukuman 6 bulan penjara bagi seorang kanak-kanak Palestin. Amjad Ayid Abu Rahma ditangkap 4 bulan lalu kerana menyertai demonstrasi mingguan anti-tembok pemisah yang dibina Israel.
24/05/2011 – Presiden Barack Obama menuduh ‘Perjanjian Damai Hamas-Fatah’ merupakan punca utama yang menggangu rundingan damai antara Palestin-Israel yang sedang diusahakan. Tindakan Presiden Amerika ini adalah untuk menyokong kenyataan Perdana Menteri Israel yang mengatakan Perjanjian Daman Hamas-Fatah merupakan Pemusnah kepada perdamaian dan kemenagan besar bagi keganasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan